Sunday, November 08, 2009

Korang pilih major apa?

Dah start kena fikir nak ambik major apa untuk final year ni.

Civil KN 2341/KR 5619 Major Electives

• Construction Technology

• Coastal and Offshore Engineering

• Environmental Engineering

• Advanced Geotechnical Engineering

• Petroleum Engineering

      Totally pening nak fikir nak ambik apa ni? Maybe ada yang cakap major yang diambik dan belajar time Uni bukannya guna sangat pun masa kerja. Dan mungkin juga ada yang cakap kerja tak semestinya mesti kena sama dengan major yang kita ambik. Ramai gak aku tengok yang ambik major lain dapat kerja bidang lain. Contohnya kat tempat kerja aku; dia ambik major transportation tapi last2 kerja jadi structure engineer. Ada jugak yang belajar accountant masa kat U, last2 kerja dalam bidang structure.

      Last option bagi orang pemalas macam aku ni; ambik major yang paling senang, pastu cube score giler babeng, pastu try ambik kerja kat bidang lain yang gaji masyuk sikit (pemikiran kolot lah ni sebab konon2 major senang tu takdapat bagi gaji masyuk). Ok i know it sounds ridicoulous sebab tengok sume major atas tu, mana ada yang senang. Kalau ada major tidor, komfem2 aku amek subjek tu, pastu tak payah susah2laa komfem 4 flat la sebab aku terer giler kot major tidur ni. Hahah, stop mengarut rose!

      Tapi rasa2nya lah, aku taknak ambik structure kot, sebab taknak bekerja bawah arkitek! Haha sori para arkitek di luar sana. Since now i have a little bit experience, construction project is normally being manage by architect and engineer is mostly down one stage below architect. Tak semua macamni tapi kebanyakkanya. Bukan belagak tau, tapi saje je taknak duduk bawah arkitek. :P

      Lagipun engineer duk sibuk2 pening pikir nak korek tanah, nak cucuk piling, nak kira load, tapi design arkitek jugak yang biasa orang nampak gah nya di luar. Betul tak? Haha maaf terhadap kecetekan pemikiran tapi itu yang saya fikirkan, takpayahlah nak lawan bagi idea yang boleh lawan cakap aku ni sebab aku dah tahu dah semua yang korang nak lawan tu, cuma aku nak jugak cakap benda ni. Biar ah! Lalalala~

       Back to the topic! Petroleum oke tak? geotek? Hihih. Jom buat solat istikharah, biar kita yang blur2 diberi petunjuk so dapat memudahkan sikit proses pemilihan major untuk masa depan. Haha sesi pemilihan? Ayat tak boleh blah. Jumpa lagi di lain entry =)

Jumpa gambar ni. Ye ke forever? Entahlah. Haha

Friday, November 06, 2009

Apa yang perlu?

      Wowowowo... Mana pergi idea? Mana pergi idea?

      Hihi oke dah jumpa..

Sambal Sardin

      The simplest food ever, and the COOLEST (saje buat biru biar nampak betul2 cool laah) lauk ever sebab boleh makan dengan sedapnya sebagai lauk untuk nasi, cicah dengan roti, cicah dengan cekodok, cicah dengan pulut, cicah dengan roti canai mahupun cicah dengan _______ (sila isi tempat kosong kerana sudah kekeringan idea makanan tapi malas mahu mendelete perkatan 'dengan' itu dan juga menambah perkataan 'dan' di situ sebagai menunjukkan ayat sudah habis) -_-'

      Ada orang tak boleh makan nasi selagi nasi tu tak banjir dengan kuah2 sup atau apa2 lauk sampai jadi bubur dah nasi tu. Ada orang jugak tak jadi makan nasi kalau takde kicap manis. Kan2? Hehe. Ada jugak orang yang tak boleh makan nasi kalau takde lauk ayamlah, sayurlah, sambal belacanlah. Haa ada jugak orang yang tak jadi makan nasi kalau takde lauk sambal yang warna merah semerah2nya.

      Kalau ada yang macamtu, so kita boleh jadi geng! Aku seboleh-bolehnya nak ada benda pedas or apa2 yang kaler merah untuk jadi kuah kat nasi tu. Kalau takde lauk merah, aku akan sedaya upaya untuk masak lauk berwarna merah. Sebab tu lah ada sambal sardin atas tu. Lauk time tu ada sup jer? Apa cite makan sup kosong je beb. Waa nak pedaass baru terangkat lidah ni sampai bergelas-gelas air minum sebab tak tahan pedas. Hee

     Banyak lagi lauk yang wajib yang mesti kena ada biar makan nasi tu sedap sikit. Tapi tak dapat terfikir dah. Duk sibuk tengok Nur Kasih ni. Dah2, shuh2 pergi jauh, jangan kacau orang. Haha padahal sendiri yang mengkacau diri sendiri.

Tuesday, November 03, 2009

Tiba-tiba nak menaip

      Just a short update!

      Makin lama, makin rapat dengan orang office. So makin lama, makin best pergi office. Tapi, makin lama, makin pening jugak pergi office, sebab bila nak mengular je dah jadi masalah. Semua orang yang dah rapat2 tu, sibuk tanya mana rose, kenapa rose takde, kenapa rose tu, kenapa rose ni?

      Adeeyh, dulu aku hilang je kat office, takde sape kesah, macam heaven je rasa dapat keluar tapi rasa sengsara je pagi2 nak pergi office. Tapi sekarang ni, keadaan terbalik sudah. Dah seronok pergi office, tapi susah dah nak mengular. Eh eh tapi takdela seronok mana kena bangun pagi tu, cuma takdela session sumpah seranah orang office. Haha

      Tapi praktikal dah nak habis lagi 9 minggu rasanya. Haih, cepatnya 8 bulan praktikal nak dekat habis. No more lepak2, kena struggle belajar, buat atau copy assignment, pikir utk FYP lagi. 

      I'll treasure every second left  =)

p/s: keBESTan dah jumpa MP3 sampai sekarang terasa setelah sebulan kehillangannye. Heee

Sunday, November 01, 2009

A weekend full of dessert!

      Mahu bertambah gemuk agaknya aku kali ni. Ah pedulikan sekejap, sekejaaap jer. Hee pasni baru risau balik.

      My Saturday dessert; i call it Ice Cream Blended with Strawberry. Waah nama tak boleh blah. Haha.

Oke what do you need is strawberry,

vanilla ice cream,

chocolate syrup 

Oh blender juge diperlukan yer. 

Blender ni komfem bukan blender aku. Takde maknanya blender rumah aku hebat cenggini. Haha

     Senang je cara nak buat dessert first ni. Hanya blend ais krim vanilla, stroberi yang dah dipotong, dengan sedikit ais dan air. Ais dan air tu pandai2 lah bajet sendiri. Rajin2 la try2 sikit lepas dah blend tu, try sampai rasa sedap. Kalau nak manis sikit, boleh tambah madu, ikut sedap tekak korang lah.

      Dah siap blend, tuangkan dalam gelas. Pilihlah gelas lawa-lawa sikit, baru nampak mahal. Lepastu letak sescoop ais krim vanilla dengan stroberi yang dipotong cantik, dan tuang sedikit chocolate syrup atas tu. Jadilah cenggini:

Walaaahh, siap! Rasa manis dan masam yang enak!

      My Sunday dessert lagilaa senang; Banana and Strawberry Split. Nama macam hape jer, haha biar ah, aku yang cipta. Padan muka nama kau pelik :P

     Juga guna bahan yang sama except kita tambah pisang dan tak guna blender power kat atas tu.

Oke pisang ni pun bukan pisang aku jugak yerk. Malas nak snap gambar

      Mula-mula pilih bekas yang lawa sikit, jangan ambik pinggan plastik, dah tak nampak high class dah nanti. Pastu potong pisang & stroberi , susun lawa2 atas bekas tu. Pastu letaklah ais krim vanilla sebanyak mana yang korang nak. Now come's the favourite part, tuang chocolate syrup kat atas dessert tadi sebanyak mana yang korang nak. Aku tuang banyaakk gilerr. Haha

Aaahh melting..

Kalau kat dapur korang ada chocolate rice ke, chocolate chip ke, cherry ke, letakla sekali. Kat rumah aku takde, so tibai je la ni. Yang penting, sedaaapp. Tak payah order kat luar pastu bayar mahal2. Kat rumah boleh buat sendiri, boleh letak chocolate banyak2 pulak tu :P

Saturday, October 31, 2009

Ayatku yang paling manja

      Weh weh, sorry aku terpaksa jadi sangat sinis lagi geli kali ini. Sangat annoying bila tiba-tiba adik aku guna laptop aku kejap pastu bukak My Space dia, dan oleh kerana itu adalah laptop aku, maka my space dia, my space aku jugak huahua. Aku pun tumpang lalu jap tengok kawan2 dia kat my space. Tiba-tiba terbaca:

" Ta leyh titun la "

" Ta uatpew pom "

" CyUnk dy COwank jew"

" dmne dye beadew ., dctuw aq adew "

" aq syg dyep gler vavi ouh "

Yang ni aku sound awal2 la kalau korang terer baca dan sanggup baca sampai habis sila la baca. Aku pun tak baca pebenda budak ni tulis, tak faham langsung. Haha

" ktew trime jewr pewr owg uh kate , tpeyk blewr dye ? hati kate ta pewr manusia ta perfect ! blewr ktew syg owg uh , ktew tgu dye lmew un ta pewr , tpeyk blewr dye tgu ktew "

      Adoyh, pebenda lah dorang tulis sampai takleh nak baca tu. Mostly budak2 lah yang tulis cenggini. Haha, adik2 sekalian,  akak tak marah pun adik2 tulis macamtu, tapi lawaklah baca ayat2 pelik yang konon2 manja tu. Haha eh akak nak test power lah tulis ayat manja gitu.

      "Namew akuw R0S3 !d@yU r0Sl@n. Akuw dok tat Cerpunk, Shelangowr. Akuw seowang yg sImPL3. Akuw taboleyh hied0p tnpew tawan-tawankuw. Tawan-tawankuw adew manyak shangat. Akuw cyunk dowang shangat. Akuw shuke titun dewngan bantawl bucukkuw cerbab bantalkuw ituw bucuk changat! SHUKENYEEWW!"

      Hahahahahahahahah. Please baca sampai habis, penat kerah otak pikir ayat.